Thursday, June 26, 2008
Babi dan Minyak
Ketika kita bicara
Babi naik minyak
Kini Babi bukan berumah di kandang
Babi sudah naik minyak
Bersepah di rumah
Berselerak di dapur
Hatta di tandas
Maupun babi di meja make-up
Halal haram sudah lenyap
Kala manusia sedar mula membongkar
Insan lupa tepuk dahi
Dedah kisah ngeri
Jiwa menggeli
Babi naik minyak
Minyak berlemak fish ball dibaham
Ohhh….
Ahhh…
Baru ku sedar
Babi naik minyak
Kini berminyak menepu menghadzam
Perut insan bergelar Islam
Hari ini
Ketika kita membicarakan
Minyak naik gila babi
Merintih duka hilang pengharapan
Kesal dibuai manifesto hadari
Ini dusta seribu janji
Lembik bukan petunjuk Iman
Belum bisa ku melihat
Cinta dan kepalsuan mampu bersatu
Andaikata ia bersatu
Maka kepalsuan yang menang dan cinta
Pasti kalah
Esok
Mampukah babi turun minyak
Pastikah minyak turun gila babi
Apakah besok masih ada
Janji Tuhan pasti menjelma
Tuesday, June 24, 2008
Muktamar DPPNK Kali Ke 49
Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan kali ke 49 telah diadakan pada 10 Jamadil Awwal 1429 bersamaan 14 Jun 2008 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu dan telah dirasmikan oleh Ybrs Azman Shapawi, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Muktamar ini telah dihadiri oleh 139 perwakilan daripada seluruh Dewan Pemuda Pas Kawasan-kawasan dan pemerhati dari seluruh negeri Kelantan. Turut menghadiri muktamar ini adalah Ustaz Abdullah Abdul Razak setiausaha Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapa selaku wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.
Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Rantau Panjang telah memenangi anugerah Pengurusan PASTI terbaik manakala anugerah Pengurusan Unit Kerja Jamaah Terbaik dimenangi oleh DPPK Ketereh. DPPK Gua Musang pula telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pengurusan Aktiviti dan Gerak Kerja Pilihanraya terbaik.
Sebanyak 5 usul telah dikemukakan di dalam Muktamar ini yang mana 1 usul telah diterima tanpa bahas dan 4 usul telah diterima setelah dibahaskan oleh pihak perwakilan. Usul yang diterima tanpa bahas adalah usul daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Jeli mengenai perkaderan ahli-ahli PAS yang perlu dipertingkatkan.
Usul pertama yang dibahaskan adalah usul bersama daripada DPPK Kubang Kerian, Bachok dan Kota Bharu mengenai perlantikan pegawai pencegah maksiat di kawasan-kawasan tumpuan umum/perlancongan dan pengaktifan skuad amru/hisbah bagi menangani masalah gejala sosial yang kian meruncing. Ustaz Bukhari, Ketua Penerangan DPPK Kubang Kerian yang membentangkan usul ini menyatakan bahawa perkara ini adalah berikutan kegagalan imam-imam yang dilantik dan ketidak mampuan pejabat agama di setiap jajahan menangani masalah ini. Usul ini telah diterima sebulat suara oleh semua perwakilan.
Usul kedua adalah daripada DPPK Pasir Mas yang mendesak supaya kerajaan negeri Kelantan mempercepatkan penubuhan sebuah Universiti atau Kolej Universiti bagi menyelesaikan masalah yang timbul selepas kerajaan Mesir menamatkan MOU dengan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang telah menyebabkan pelajar-pelajar KIAS yang sepatutnya menyambung pengajian Sarjana Muda ke Universiti Al-Azhar, Mesir tidak dapat berbuat demikian. Menurut Ketua Penerangan DPPK Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli yang membentangkan usul ini kolej-kolej lain yang turut ditamatkan MOU seperti Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS) tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi oleh KIAS kerana KUIS mempunyai pengajian Sarjana Mudanya sendiri dan para pelajar yang tidak dapat menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar boleh menamatkan pengajian mereka di KUIS. KIAS sebagai sebuah kolej hanya menawarkan pengajian diperingkat diploma sahaja dan usaha untuk meningkatkan taraf KIAS kepada sebuah Kolej Universiti terhalang disebabkan oleh faktor ketiadaan kemudahan penginapan dan pusat pengajian selain daripada peruntukan kerajaan negeri yang amat sedikit. Usul ini telah diterima sebulat semua oleh semua perwakilan.
Usul ketiga dan keempat adalah daripada jawatankuasa kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang mendesak kerajaan negeri supaya menyegerakan perundingan dengan pihak berkenaan untuk mendaratkan hasil petroleum di perairan Kelantan dan mencadangkan pihak kepimpinan PAS membuka peluang kepada orang bukan Islam memainkan peranan yang lebih luas di dalam parti. Kedua-dua usul ini telah diterima oleh perwakilan.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan kali ke 49 ini telah berakhir sekitar pukul 5 petang.
Sunday, June 22, 2008
Kepimpinan Khairy dicabar di Rembau
Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Rembau hari ini menawarkan dirinya untuk bertanding mencabar Khairy Jamaluddin bagi jawatan ketua Pemuda bahagian dalam pemilihan parti kali ini.
Azman Mohd Sah berkata pergerakan Pemuda Umno bahagian berkenaan memerlukan perubahan terutama selepas isyarat jelas dari pengundi muda dalam pilihanraya semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu.
"Perubahan kepimpinan ini diperlukan kerana kita selama ini dikongkong oleh golongan tertentu sahaja," katanya dalam satu sidang akhbar di Seremban.
Malah kepimpinan sedia ada juga gagal membawa pembangunan dan perpaduan di dalam pergerakan ini," tambahnya.

Sokong MB
Dalam pilihanraya umum lalu, Khairy berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau.
Azman, 37, seorang ejen insurans, adalah juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Siliau.
Azman mendakwa setakat ini beliau mendapat sokongan lapan ketua Pemuda cawangan di bahagian itu. Bahagian Rembau mempunyai 108 cawangan.
"Saya dan rakan-rakan Pemuda di bahagian Rembau dengan ini juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Ketua Bahagian Rembau.
"Kami turut menyokong pencalonan menteri besar sebagai naib presiden Umno sekiranya beliau berhasrat bertanding ke peringkat itu," katanya.
Friday, June 20, 2008
Wacana Perdana: 100 hari pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat
Pilihan raya ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac lalu telah membawa kepada perubahan politik negara. Kemenangan parti pembangkang di lima buah negeri membuktikan rakyat semakin berani membuat keputusan dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara.
Setelah lebih 100 hari memerintah lima negeri, parti politik yang bergabung di bawah satu ikatan kerjasama yang dinamakan Pakatan Rakyat telah mula mendapat kepercayaan rakyat dan mula mengorak langkah dengan membawa perubahan kepada sistem pentadbiran di negeri-negeri yang diterajui.
Wartawan SINAR HARIAN mengupas sambutan 100 hari pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai idea yang cuba diterapkan. Ikuti temu bual bersama Pengarah Program Wacana Perdana: 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang Ahli Dewan Undangan negeri Pasir Tumbuh, Baihaki Atiqullah. Program ini akan diadakan esok di Dewan Utama Balai Islam Lundang.
SH: Boleh YB terangkan apakah sebenarnya program Wacana Perdana: 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang akan diadakan?
BAIHAKI: Sebenarnya program ini dibuat sempena sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di lima buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Penang, Selangor dan Perak. Senario ini merupakan satu perkara baru. Dulu kita hanya ada Kelantan sahaja tetapi kini kita sudah memiliki lebih dari satu negeri. Situasi ini tentunya suasana yang baru untuk rakyat Malaysia. Selain itu ia juga merupakan perkembangan politik yang baru bagi rakyat Malaysia.
SH: Mengapa program sebegini dipilih? Ia agak berbeza daripada biasa. Selalunya program berbentuk ceramah dibuat tetapi kali ini seolah-olah ingin tampilkan satu kelainan. Apa pendapat YB?
BAIHAKI: Sebenarnya program ini adalah sebagai salah satu cara kita menghayati kemenangan yang telah kita capai. Sebagai Ketua Penerangan Pas Kelantan yang juga Pengarah Projek, saya cuba anjurkan program ini untuk mencetuskan satu suasana yang lain daripada biasa.
SH: Bagaimana pula dengan pemilihan panel untuk program ini?
Biasanya kita buat ceramah tetapi kali ini kita buat wacana secara terbuka. Dengan menampilkan program sebegini kita dapat bertukar pendapat. Ini kerana tidak semua orang mempunyai idea yang sama dengan kita. Panel yang dipilih bukan sahaja pemimpin Pas tetapi kita menjemput panel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Prof Aziz Bari dan pemimpin Parti keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution. Mereka ini tidak menyokong mana-mana parti kecuali YB Saifuddin.
SH: Mengapa mereka ini dipilih?
BAIHAKI: Mereka ini dipilih bertujuan untuk kita dedahkan kepada rakyat mengenai pandangan mereka. Kita perlu juga mendengar pandangan daripada orang lain. Kita juga bertujuan untuk tidak menyekat apa yang diperkatakan oleh ahli panel. Tidak seperti yang ada sebelum ini. Kalau nak kritik apa yang kita buat di Kelantan pun kita terima. Kita juga memberi peluang kepada audiens apa yang dikatakan oleh ahli panel. Kita yakin rakyat semakin bijak. Kalau kita sekat pun tak berguna. Kalau kita beri kebebasan seperti itu rasanya lebih baik. Cuma apa yang penting kita perlu kawal keadaan.
SH: Mengapa tidak dipilih pemimpin Pas sebagai panel untuk program ini?
BAIHAKI: Sebenarnya jika dipilih pemimpin Pas idea akan jadi stereo tiap. Pemimpin Pas akan cakap benda yang sama. Walaupun boleh jadi apa yang diberitahu oleh panel yang dipilih itu tidak sesuai dengan kita dan mungkin jika mereka beri pandangan mengenai Kelantan tidak benar tetapi kita nak dengar. Mungkin ada yang boleh diambil.
SH: Apa harapan YB terhadap program ini?
BAIHAKI: Saya berharap orang ramai dapat menilai apa yang akan dikemukakan nanti sama ada baik atau tidak baik mengenai negeri kita. Kita pun nak dengar apa yang orang luar cakap pada kita. Boleh jadi apa yang orang luar cakap itu lebih baik dan kita boleh bangunkan lagi negeri kita. Sekiranya cadangan yang diberikan itu positif, boleh kita ubah. Kalau ada yang tak betul dan kalau ada yang tak baik kita boleh perbaiki lagi. Itulah antara yang lebih baik.
SH: Kenapa program tersebut dibuat di negeri Kelantan?
BAIHAKI: Idea dicetuskan oleh Kelantan. Kita buat dahulu untuk permulaan. Biar Kelantan dulu yang sudah lama memerintah. Kalau kerajaan lain nak buat boleh jadi dia akan buat. Boleh jadi ada juga lepas ini ada negeri lain pul ayang akan buat. Selain itu akan diadakan juga persidangan ketua-ketua kerajaan bagi lima buah negeri. Cuma tarikh belum pasti. Kita buat ini untuk rakyat di negeri ini.
SH: Adakah soal jawab itu dibuat secara telus?
BAIHAKI: Kita akan cuba setelus mungkin. Bahkan saya sendiri tidak akan tentu apa yang ahli panel nak cakap dan jawab. Kita tidak akan sediakan soalan dan beri tahu ahli panel.
SH: Bagaimana pemilihan panel dibuat?
BAIHAKI: Kalau mengikut pemilihan asal kami memilih Datuk Husam Musa, Raja Petra dan Dr Mohd Asri Zainul Abdini. Tetapi Datuk Husam dan Raja Petra ada hal yang perlu selesaikan. Sebab itulah kami memilih panel lain. Pemilihan ini dibuat melalui perbincangan. Mufti Perlis dipilih kerana beliau merupakan seorang yang berani mengeluarkan kenyataan yang menegur setiap kesilapan. Kontroversi. Walaupun orang kata kalau beliau datang Kelantan akan timbulkan lebih banyak lagi masalah. Tetapi kita nak dengar sendiri daripada beliau. Biasanya orang kita tidak boleh terima kritikan orang lain. Sepatutnya kita terima kritikan orang lain.
SH: Adakah YB rasa program ini berkesan kepada rakyat?
BAIHAKI: Saya rasa ia boleh membuka dimensi baru untuk masyarakat. Sebenarnya daripada UMNO pun kita nak panggil tetapi bimbang mereka tidak datang.
SH: YB rasa perlu ke sambutan 100 hari sebab kalau diikutkan pemerintah di lima buah negeri itu masih belum sempat melakukan perubahan pada negeri yang ditadbir?
BAIHAKI: Sambutan 100 hari ini sebenarnya sempena sahaja. Masyarakat kita dia suka pada sempena. Jumlah 100 hari bukan bermakna kerajaan Pakatan Rakyat telah membuat sesuatu yang besar. Memang masih tidak sempat dalam masa 100 hari. Tetapi ia bermaksud perkembangan yang berlaku dalam masa 100 hari ini sudah boleh dirasai oleh rakyat. Kelainannya ia tidak diperintah oleh sebuah kerajaan sahaja. Malaysia sudah ada saingan besar pada UMNO dan. Kesedaran terhadap Pakatan Rakyat sudah ada.
SAPP kecewa, PR buka peluang
“Tindakan SAPP itu menunjukkan kerja orang kecewa...orang degil dan kita sebenarnya dikehendaki bermesyuarat serta berbincang atau berwacana. Kita bersedia membuka peluang kepada SAPP,” katanya.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, tidak berbangkit persoalan parti tersebut akan mengambil kesempatan terhadap PR dan menyifatkan itu terpulang kepada SAPP untuk berbuat sedemikian.
“SAPP sudah melalui jalan pembangkang. Ini memberi gambaran yang baik dan sudah ada titik pertemuan antara kami dan mereka. Ini adalah satu titik permulaan pada peringkat pertama antara PR dan SAPP,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perasmian Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh, di sini semalam.
Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee kelmarin berkata, partinya telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah dan dua Ahli Parlimennya Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tersebut.
Dalam pada itu, Nik Aziz juga mengiakan sekiranya Pas turut menyokong usul tersebut sekiranya dibentangkan di Parlimen nanti.
“Tentulah sokong... kami nak buang Pak Lah bukan kerana peribadi dia... buang dia punya dasar. Dia tolak Islam dan guna dasar kebangsaan,” katanya.
Anwar, Khalid dan Husam bersama rakyat Malaysia di Dubai
Anwar, Khalid, Husam Thrilled Dubai Crowd
Three current top leaders with three different backgrounds, aura, charisma, charms and styles were there in my living hall last night. The crowd of Malaysian expatriates filled up almost every inch of the a bit bigger than badminton court size room (I am hopeless with sq meter).
More were outside listening through the window.
Final count, at least 150 Malaysian expatriates (as well Egyptian, Australians, Bosnians) from diverse backgrounds and ages braved the Thursday nite and Dubai never-ending traffic jam to reach my villa. I was busy directing those who asking direction on the phone while trying to listen to these leaders.
The faces brought the beautiful rays of Malaysian hopes.
A day earlier, I conveyed a message to Anwar through his former lawyer who accompanied him for the trip, Saiful on the intention to invite him along with TS Khalid for a function at my house (originally slotted for Husam alone). The reply was positive.
Then when Anwar and Khalid arrived, I forced myself to be at the hotel lobby by 5 am in the morning to confirm their attendance.
Then again after meeting them (I brought two friends, a local billionaire who is interested to invest in Malaysia and a well-connected Bosnian who later linked Anwar to Dr Mustapha Ceric on his blackberry) later at the hotel room, both pledged that they would definitely be at my house.
Husam's attendance was earlier confirmed by Hasnol.
All of them arrived on time as per scheduled....that's something good to start with!
The mild-temperature summer night was a non-stop photography session....hey, these are superstars in our political world!
Bersama Pemimpin ….
Malaysians in UAE have an opportunity to meet with three political leaders from Malaysia tonight. Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid and Dato' Husam are in Dubai and despite arriving in the wee hours of this morning after taking the night flight from KL, they arrived at the planned venue much to the delight of the waiting crowd.
First to take the floor was Tan Sri Khalid who went straight into giving a summary report of his first 100 days as the 'CEO' of Selangor state. In his own words, he considers the rakyat as his stake-holders and he holds himself accountable as the man at the helm of leadership and as the one holding rakyat's trust (amanah!).
He stressed the essence of Pakatan Rakyat's values - that is to place the rakyat at the center of all decisions. As an example, he mentioned the free povision of water up to a certain volume of usage. His speech resonates well with the audience who were able to relate to his past tenure as the enterprising CEO of PNB. Everyone applauded him at the end of his speech. His sincerity to transform Selangor for the benefits of the rakyat shone through. At times, his frustration with some of the old baggages he has inherited were apparent.
But what will linger on in the mind of many is his enthusiasm and optimism which I personally find very contagious.
Best wishes Tan Sri!
.
Next stood Dato' Husam. He immediately reminded the audience that one of the secret recipes for Pakatan Rakyat's success was focusing on similarities between DAP, PKR and PAS. According to him, one of the similarities is a desire to improve transparency and governance so that Rakyat will be the beneficiaries of all decisions and actions. Rakyat, and not members of the cronies.
His speech was temporarily drowned by welcoming greeting for Dato' Seri Anwar when the later walked in to standing audience. DSAI's aura and presence made everyone stood up and formed a pathway - which reminded me of scenes at hotels' grand ball rooms whenever he as the then Deputy Prime Minister walked in as guest of honour to dinner functions. In my book, DSAI is the most magnetic and charismatic Malaysian leader we haev seen. None comes close to his ability to attract and command an audience.
Dato' Husam continued his speech touching on issues of national interests such as oil reserve and oil prices, foods supply and foods price, and a call for everyone present to continue supporting Pakatan Rakyat and its' shared idealogy of serving the rakyat!
.
Dato' Seri Anwar started his speech by thanking the audience for their direct and indirect support towards the success in PRU-12. For a man who has been removed from the penultimate seat of power - then humilated, punched, and imprisoned - he was forgiving of the past and its ghosts.
His focus was clearly on the future, and more specifically on how to gather sufficient force of unity to form a new Malaysian government. In responce to a question, he elaborated about the transformation he wishes to see in the new Malaysia. He must have painted a glorious picture - judged by a thunderous applause he received at the end.
.
The Q & A session was long and laborious. The audience used the opportunity to unleash their bottled emotion about the current Federal Government's many shortcomings and the weaknesses of their policies. Even a few Malaysians from Riyadh joined in via IT technology. To their credit, all three leaders patiently addressed all questions which were asked.
For those who were not there, 150 people who were there tonight may sounds like a small number. However, for the 150 who were there it was a night of new beginnings. It was a succesfull meeting despite having been organised within lots of limitation and restrictions. We all want to thank the hosts Mr. Fudzail and his family, the main man behind the network Mr Hasnol and volunteers who have given their time to work out the logistics.
Bravo guys!!!
It was a beginning of new hopes....for a better Malaysia!
It was also a new beginning, where political leaders of significant statures came down to meet their 'Stake-holders' - the rakyat!
It was a new beginning - when we felt we matter!
.
I have a story to tell my children when they wake up tomorrow morning. I will tell them....."Being a leader means serving your followers!" It is a story I learnt last night listening to my friends talking over dinner about what they see in Dato' Seri Anwar, Tan Sri Khalid and Dato' Husam.
100 Hari Pertama: Lapuran Awal buat kami d Dubai!
Sessi bersama pimpinan kanan Pakatan Rakyat d Dubai malam tadi melihatkan sambutan hebat d kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pertemuan kira-kira dua jam setengah juga menarik minat beberapa teman Bosnia dan Mesir. Dan mengasyikkan, sessi malam tadi turut d sertai rakyat Malaysia d Riyadh - melalui video call 3G!
Setakat yang teringat, ini merupakan pertemuaan rakyat dan pemimpin terbesar melibatkan rakyat d sini dan pimpinan Malaysia (selalunya pertemuan dengan pimpinan kerajaan BN bersifat agak formal d hotel). Malam tadi kami bertemu d rumah Fudzail - dan yang hadir terpaksa bayar pula! Kami pakat sedia jamuan rakyat untuk pimpinan Pakatan Rakyat! Walau tiada makanan Free, namun kehadiran amat memberansangkan!
Ketiga-tiga pimpinan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Husam Musa dan YAB Tan Sri Khalid walaupun tiba pada awal paginya, masih penuh stamina. Walaupun mereka tiba dalam pesawat yang sama, Dsai dan Husam hanya sedar mereka dalam pesawat yang sama sebelum mendarat - masing-masing lena bila tiba d pesawat!.
Ketika menjemput Dato' Husam dan rombongannya, Dsai dan TS Khalid juga bersama. Tak sempat bertemu Dsai, tetapi sempat juga dia menghantar pesanan melalui Blackberrynya setibanya di Dubai.
Dengan hanya notis beberapa hari, perancangan djalankan dengan teratur. Husam terlebih dahulu confirm untuk program bersama rakyat Malaysia d UAE. Setelah dberitahu kehadiran Dsai melalui salah seorang peguam Dsai, kami berusaha mendapatkan kepastian waktu Dsai dan TS Khalid untuk bersama Husam.
Promosi awal d gerakkan. SMS, email dan word of mouth menjadi communication channel pillihan.
Awal pagi semalam, kata pasti d terima. Fudzail sempat mendapat confirmation dari Dsai. Dalam pada itu, mobileku tak putus menerima SMS dan panggilan. Ada yang confirm akan bersama, tak kurang yang bertanya petunjuk jalan. Yang gelinya ada yang bertanya berapa ramai akan hadir malam ni?
Aku tanya kenapa? Dia jawap "usually aah, when Anwar give his speech aaa, thousands will come".
Aku jawap, "u datang saja, ramai tak ramai datang saja". Dia sempat menambah, "kalau i datang lambat aah, simpan makanan untuk i".
TS Khalid Memulakan Acara Sekitar 8:05pm, acara kami bermula. Mukadimmah awal buat tetamu istimewa yang dah tiba - Husam dan TS Khalid. Ruang tamu rumah Fudzail masih lapang.
TS Khalid memulakan bicara dengan latarbelakang keterlibatannya dalam dunia politik. Transisi yang agak jauh menyimpang, dari dunia koporat yang fokus pada keuntungan syarikat kepada dunia politik yang memberi keutamaan kepada rakyat terbanyak.
Permulaannya agak perlahan, namun setelah masa beredar momentum TS Khalid bergerak pantas. Sessi mula terasa seperti sessi lapuran ketua kerajaan Selangor selepas 100 hari memerintah. Apalagi bila TS Khalid menyebut, sebagai CEO kerajaan negeri, beliau bertanggung jawab atas amanah yang d pikul. Kepertanggungjawaban terhadap rakyat menjadi agenda, dan perbezaan antara PR dan BN.
Perbezaan ideologi antara komponen PR bukan masalah, malahan titik pertemuaan itulah menjadikan kami dekat. Sesekali TS mencuit hati kami dengan beberapa insiden yang berlaku sepanjang menerajui negeri termaju d Malaysia.
Dato' Husam Strategis Mengemudi PAS dan PR
Sekitar 40 minit berlalu, giliran Husam berdepan "share holders" - rakyat dperantauan. Ketika ini, ruang tamu dah sesak. Sessi Husam menampakkan kematangan dan pengalaman beliau. Penyampaian structured. Trademarknya juga tak ketinggalan - penuh fakta!. Di selang seli dengan potongan ayat Quran sebagai dali dasar dan polisi yang menjunjung kepentingan awam.
Ketika itu, Dsai tiba. Ketibaan Dsai d sambut meriah, negarawan yang sudah lama dnanti rakyat dperantauan. Tak siapa yang hendak miss bersalaman dengan mantan TPM. Juga d sebut-sebut PM in waiting. Tiba d depanku, sempat kami berpelukan. Kali terakhir bertemu tahun lalu. Cuma sempat bercakap melalaui telefon dan tukaran email.
Husam meneruskan ucapan, mengakhiri sessi kedua malam tadi. Pendek, namun padat.
Dsai - dari Reformasi kepada Spekulasi September!
Di awal ucapan TS Khalid, beliau ada menyebut beberapa perkara menarik yang menjadi spekulasi. Spekulasi hanya boleh dijawab dan diulas Dsai. Tiba giliran DSAI, sebagai pengerusi majlis, aku sempat mengingatkan DSAI akan spekulasi yang harus diisi dalam ucapannya.
Ternyata itulah yang dinanti oleh hadirin. DSAI, menyentuh dan mengupas isu spekulasi kerajaan baru. Apa benar September 16? Kenapa pula September 16? Dsai menggariskan perubahan kerajaan (jika ianya berlaku) akan berlaku selewatnya September 16 tahun ini. Kenapa September 16 - ianya tarikh keramat yang d kongsi sama rakyat Malaysia di Semenanjung (Hari Malaysia) dan yang lebih nostalgik buat rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.
Dalam beberapa ketika, DSAI sempat melontarkan pujian kepada Husam sebagai strategis bagi PAS (terutama di Kelantan katanya) dan buat PR.
Ketelusan, amanah dan kepentingan rakyat akan terus menjadi agenda buat PR - menjadi mesej utama DSAI.
Sessi soal jawab menarik, bilamana teman-teman dari Riyadh turut serta. Walau tidak bersama secara zahirnya, mereka sempat berdialog dengan ketiga pimpinan dengan penggunaan teknologi (E90 ku jadi alat penghubung!).
Alhamdulillah, sessi malam tadi memberi senario baru buat kami di Dubai. Pertemuaan rakyat Malaysia berbilang kaum di perantauan, bersama pimpinan rakyat mengingatkan kembali pengalaman malam Pemilu ke-12 yang lalu (anak muda Melayu bersama Cina dan India mengembling tenaga menjana kemenangan PR d 5+1 buah negeri).
Husam dan DSAI sendiri amat berpuas hati. Ketika menghantar Husam ke hotel, dalam keletihan beliau sempat merakamkan kegembiraan bertemu rakyat di perantauan.
DSAI pula sempat mengirim pesanan pagi tadi. Mesej dari Blackberrynya mengutus rasa puas hati. Jazakallah, tergesa malam tadi. Ada program lain (selepas program kami).
Apa pun, setelah amanat Tok Guru (semasa sessi teleconference sebelum Pemilu lalu) kami pikul bersama; kini harapan pimpinan peneraju perubahan ke arah Malaysia Baru kami dokongi. Ayuh, rakyat Malaysia di perantauan - kita juga punya tanggungjawab bersama ke arah Malaysia Baru!
Paling minima, rapatkan kerjasama kita bersama. Permuafakatan di tingkat, rakyat di martabat!
Terima kasih pada tuan rumah, sukarelawan yang berpakat membantu melicinkan perjalanan program serta hadirin yang tiba bersama (ada juga yang tiba dari Oman dan Abu Dhabi!).
KU LI Dan Muhyyidin Di Seru Bersama PAS
Menurut Husam, tokoh-tokoh di dalam UMNO terutama Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yasin yang dengan terbuka menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar memikirkan untuk bersama PAS dan Pakatan Rakyat (PR) kerana mereka sendiri sedar perubahan dalaman UMNO adalah teramat samar.
Husam juga menambah bahawa adalah menjadi perkara biasa parti yang terlalu lama berkuasa mengalami sindrom kehilangan daya kepimpinan dan kekosongan itu perlu di isi.
Husam berkata demikian dalam kenyataannya yang mengulas perkembangan terkini politik negara selepas Parti Progresif Sabah (SAPP) yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) menyuarakan pendirian mereka yang telah hilang kepercayaan kepada Abdullah.
SAPP turut berkata akan menyokong usul Hilang Percaya terhadap Abdullah pada Isnin ini.
Bagaimanapun adalah masih belum diketahui samada usul tersebut akan dibentangkan di Parlimen dan siapa yang akan mencadangkannya.
Thursday, June 19, 2008
Dari negeri Tok Kenali menjadi negeri Nik Aziz
Sentuhan pena Hj Subky Latiff cukup memukau. Bidasannya tajam dan menyengat. Tulisannya dinanti saban minggu. Suatu yang menarik dalam penulisan politik popular Subky adalah jangkaannya yang mengena. Tulisan di bawah ini dihasilkan pada September 1983, namun ia cukup relevan untuk direnung semula dalam konteks kini.
Orang-orang Kelantan pada umumnya adalah bangga dengan perjuangan tokoh-tokoh besar Tok Janggut dan Tok Kenali. Sehingga ini anak-anak Kelantan di luar negeri bila ditanya mereka dari mana, mereka kerap mengenalkan diri mereka dari 'negeri Tok Janggut' atau 'negeri Tok Kenali' atau kedua-duanya sekali.
Walaupun Kelantan juga pernah melahirkan cerdik pandai seperti Tengku Hamzah dan Tan Sri Nik Ahmad Kamil dan mereka pernah menjadi pembesar yang dihormati di seluruh negara, tetapi tidak pernah kita mendengar anak-anak Kelantan di luar negeri berkata bahawa mereka datang dari negeri Tengku Hamzah atau Tan Sri Nik Ahmad Kamil.
Orang-orang Kelantan mempunyai sebab untuk berbangga dengan perjuangan Tok Janggut dan Tok Kenali, kerana mereka berjasa menentang kedatangan penjajah dan meletakkan asas masyarakat Islam bagi negeri Kelantan.
Saya berbangga jadi orang Melayu, kalau orang Melayu itu adalah orang Melayu seperti Tok Janggut dan orang Melayu seperti Tok Kenali.
Kedua-dua tokoh itu bersama-sama ramai lagi tokoh lain para ulamak dari Kelantan, telah berjaya meletakkan peta negeri Kelantan begitu istimewa di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara. Kelantan telah menjadi tumpuan bagi para pelajar agama untuk melanjutkan pelajaran dalam kurun ke-19 dan separuh dari kurun ke-20 ini.
Kebanyakan pelajar dari Semenanjung, sebahagian dari pelajar di Sumatera, Tanah Jawa dan Kalimantan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Kelantan sebelum berangkat ke Makkah. Syeikh Idris Al-Marbawi, pengarang kamus Marbawi - kamus Melayu-Arab - yang belum ada tandingannya di Nusantara telah belajar di Kelantan sebelum berangkat ke Mesir.
Ibu bapa pula yang berazam untuk melihat anaknya jadi orang alim, bercita-cita untuk menghantar anak mereka belajar ke Kelantan. Sesudah itu barulah anak itu dihantar ke Makkah, Madinah atau Mesir.
Asas yang ditegakkan oleh Tok Janggut dan Tok Kenali dan lain-lain ulama Kelantan itu banyak membantu penduduk Semenanjung kekal menjadi orang Islam dan agama Islam terpelihara di negara ini. Pada hal kedatangan penjajah Barat - Peringgi , Sepanyol, Belanda dan akhirnya Inggeris - adalah untuk memburu orang-orang Islam.
Peringgi dan Sepanyol datang ke alam Melayu kerana mereka mendapat tahu bahawa penduduk di rantau ini terdiri dari orang-orang Islam. Pada sekitar kurun ke-14 itu mereka baru saja menumbangkan kerajaan Islam di Kardoba - negara Sepanyol dan Portugal sekarang.
Penganut agama Eropah yang sudah mengalahkan Islam itu memburu orang Islam di mana saja mereka dengar ada orang Islam. Atas visi inilah Peringgi atau Benggali Putih datang ke Melaka dan Sepanyol ke Filipina dan mereka diikuti oleh Belanda dan Inggeris.
Tujuan besar mereka adalah untuk menghapuskan Islam dan menggantikannya dengan agama orang Eropah.
Rombongan para padri Sepanyol sangat berjaya dengan tugasnya di Filipina hingga penganut Islam menjadi rakyat minoriti di negara itu sekarang. Ketika saya ke Filipina tahun 1970, saya sempat menyaksikan rakyat negara itu merayakan ulang tahun ke-400 Manila ditakluki oleh penjajah Barat. Mereka gembira merayakan ulang tahun mereka dijajah yang saya kira sepatutnya hari itu bukanlah hari yang patut digembirai.
Pengaruh agama Eropah itu juga berkembang dan begitu berpengaruh di bahagian-bahagian lain di Nusantara ini. Tetapi di Malaysia, orang Islam adalah bertuah, mereka masih kekal sebagai orang Islam dan bangga menjadi orang Islam.
Apa yang membantu orang Islam Malaysia boleh kekal dengan agama mereka ialah adanya asas-asas yang diletakkan oleh para ulamak yang membuka pondok-pondok di merata tempat khususnya di Kelantan, Kedah, Utara Perak dan Terengganu.
Ulamak-ulamak yang membuka pondok itu dikira kolot, ketinggalan zaman, antikemajuan, antipembangunan dan sebagainya, tetapi mengajar Islam kepada murid-murid mereka.
Mereka mengajar anak-anak Melayu tentang perjalanan bulan dan matahari hingga mereka tahu mengira bila anak bulan boleh kelihatan, bila bulan gerhana dan bila matahari gerhana.
Orang-orang inilah yang menjadi benteng mempertahankan orang Islam sekalipun Peringgi, Belanda, Inggeris saling bertukar tangan menjajahi Tanah Melayu. Berbagai-bagai cara diusahakan oleh penjajah, tetapi orang Islam yang patuh kepada pimpinan para Tok Guru iaitu para ulamak, menyebabkan orang Islam Tanah Melayu tidak jadi macam orang Filipina dan bahagian-bahagian lain di Nusantara.
Sesudah penjajah terpaksa pergi dan mereka gagal merobohkan pondok-pondok, Peringgi gagal menutup sekolah pondok, Belanda tidak dapat merobohkan sekolah pondok, Inggeris dan Jepun juga tidak berani menyentuh sekolah pondok, mereka pergi dan urusan pentadbiran negara diserahkan kepada anak negeri tahun 1957.
Pentadbiran anak negeri sendirilah yang memusnahkan asas yang ditegakkan oleh Tok Janggut dan Tok Kenali tadi. Sesudah itu Kelantan hingga hari ini tidak lagi menjadi tumpun para pelajar Islam.
Kelantan sudah tidak bermain kepala ibu bapa bila mereka mahu menjadikan anak-anak mereka orang alim. Tok Janggut masih dikenang dan Tok Kenali masih dikenang dan ada orang yang mengkaji sejarah mereka. Tetapi bukan mustahil orang mengenal mereka nanti sama dengan orang mengenal pencipta dikir barat. Memuja dan membanggakan Tok Janggut dan Tok Kenali adalah baik. Tetapi tanda menyanjungi mereka tidak memadai sekadar mengatakan 'aku datang dari negeri Tok Janggut' atau 'aku datang dari negeri Tok Kenali'.
Sanjungan yang paling bererti ialah dengan menyambung perjuangan mereka.Orang-orang Kelantan saja yang boleh menyambung perjuangan mereka. Kalau orang Kelantan mahu Kelantan menjadi tumpuan para pelajar Islam semula.
Masih ada di tengah-tengah Kelantan para ulamak yang boleh bergerak untuk menyambung asas yang diletakkan oleh Tok Kenali dulu. Dan asas itu sendiri agak kukuh dan orang Kelantan memang boleh buat. Kebetulan sekarang di tengah-tengah Kelantan ini dilahirkan seorang tokoh yang terkenal iaitu Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, anggota Parlimen dari Pengkalan Chepa.
Beliau adalah Tuan Guru yang mendapat perhatian dan beliau sudah pun ditonjolkan sebagai pemimpin. Beliau tidak berhajat untuk menjadi pemimpin, tetapi bakat pimpinan yang ada padanya menyebabkan masyarakat Islam Kelantan mahukan pimpinannya.
Nik Aziz mungkin tak sehebat Tok Janggut dan Tok Kenali. Tetapi masa ini beliau mempunyai kedudukan yang boleh menggantikan Tok Janggut dan Tok Kenali bagi memimpin Kelantan kembali kepada peta lamanya di tanahair kita ini.
Dengan bantuan lain-lain ulamak di Kelantan dan di luar Kelantan, dengan sokongan rakyat Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz boleh menyambung perjuangan Tok Kenali bagi meletakkan asas yang kukuh bagi masyarakat Islam di negara ini.
Orang mungkin melihat kelemahannya, tetapi beliau adalah orang yang belum diberi peluang. Kini peluang mulai diberi dan dengan bantuan dan dengan pengalaman yang mulai diperolehi, masyarakat Islam Kelantan boleh kembali kuat di bawah pimpinan Nik Aziz.
Nik Aziz kini muncul di tengah-tengah masyarakat mulai berkehendakkan kepimpinan ulamak. Nik Aziz tidak pernah mengaku dia ulamak dan dia pun tidak pernah meminta dia dipilih menjadi ketua. Tetapi kerana dia adalah ulamak, tanpa dia memberitahu dia ulamak pun, orang tahu dia ulamak dan orang mahu dia memimpin.
Ada tanda-tanda bahawa zaman gemilang bagi Kelantan akan berulang semula. Zaman gemilang itu tidak bererti siang malam di pasang elektrik. Zaman gemilang ialah zaman ia menjadi perhatian semua bagi orang-orang untuk berlindung dan mendapatkan khidmatnya.
Ciri-ciri yang ada pada Nik Aziz, boleh menepati pimpinan yang dimulakan oleh Tok Janggut atau Tok Kenali. Dan bukan pula suatu yang mustahil selepas ini orang-orang Kelantan luat negeri mengenalkan dirinya sebagai 'orang negeri Nik Aziz'.
Kalau orang dulu boleh mengaku mereka datang dari 'negeri Tok Kenali' maka tentulah mereka boleh menyambung tradisi itu dengan mengaku mereka orang 'negeri Nik Aziz' .
Kerana orang Kelantan tak pernah mengaku datang dari 'negeri Tengku Hamzah' atau 'negeri Nik Ahmad Kamil', maka adalah janggal bagi mereka untuk menyebut 'kami datang dari negeri Tengku Razaleigh'. Tetapi tidak janggal menyebut 'negeri Nik Aziz'.