KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam membuka peluang seluas-luasnya kepada Parti Maju Sabah (SAPP) untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) selepas pengumuman ketidakpercayaan parti itu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin.
“Tindakan SAPP itu menunjukkan kerja orang kecewa...orang degil dan kita sebenarnya dikehendaki bermesyuarat serta berbincang atau berwacana. Kita bersedia membuka peluang kepada SAPP,” katanya.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, tidak berbangkit persoalan parti tersebut akan mengambil kesempatan terhadap PR dan menyifatkan itu terpulang kepada SAPP untuk berbuat sedemikian.
“SAPP sudah melalui jalan pembangkang. Ini memberi gambaran yang baik dan sudah ada titik pertemuan antara kami dan mereka. Ini adalah satu titik permulaan pada peringkat pertama antara PR dan SAPP,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perasmian Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh, di sini semalam.
Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee kelmarin berkata, partinya telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah dan dua Ahli Parlimennya Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tersebut.
Dalam pada itu, Nik Aziz juga mengiakan sekiranya Pas turut menyokong usul tersebut sekiranya dibentangkan di Parlimen nanti.
“Tentulah sokong... kami nak buang Pak Lah bukan kerana peribadi dia... buang dia punya dasar. Dia tolak Islam dan guna dasar kebangsaan,” katanya.
Friday, June 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment