KOTA BHARU : Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin di seru untuk bersama dengan PAS demi masa depan UMNO. Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa kepada media.
Menurut Husam, tokoh-tokoh di dalam UMNO terutama Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yasin yang dengan terbuka menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar memikirkan untuk bersama PAS dan Pakatan Rakyat (PR) kerana mereka sendiri sedar perubahan dalaman UMNO adalah teramat samar.
Husam juga menambah bahawa adalah menjadi perkara biasa parti yang terlalu lama berkuasa mengalami sindrom kehilangan daya kepimpinan dan kekosongan itu perlu di isi.
Husam berkata demikian dalam kenyataannya yang mengulas perkembangan terkini politik negara selepas Parti Progresif Sabah (SAPP) yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) menyuarakan pendirian mereka yang telah hilang kepercayaan kepada Abdullah.
SAPP turut berkata akan menyokong usul Hilang Percaya terhadap Abdullah pada Isnin ini.
Bagaimanapun adalah masih belum diketahui samada usul tersebut akan dibentangkan di Parlimen dan siapa yang akan mencadangkannya.
Friday, June 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment