Tuesday, July 22, 2008

Pemuda PAS K'tan: muzakarah agenda Umno

Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap muzakarah antara parti itu dan Umno hanyalah satu agenda Umno untuk mengheret PAS dalam menangani masalah dalaman Umno.

Ketuanya Mohamad Zaki Ibrahim mempersoalkan kenapa baru sekarang pemimpin Umno sibuk dengan isu muzakarah sedangkan perbincangan seperti itu telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tetapi tidak pernah disambut oleh Umno.

"PAS pernah menghantar surat rasmi kepada Umno untuk mengadakan muzakarah tapi tidak disambut oleh Umno. Kenapa semasa Umno kuat suatu ketika dahulu pemimpin mereka tidak menyambut cadangan muzakarah oleh PAS," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Mohamad Zaki mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang meminta muzakarah dengan Umno agar dihentikan kerana ianya akan memecah-belahkan PAS.

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan dua lagi pemimpin parti itu dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, dan menurut
Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang, perbincangan itu mendapat restu majlis syura parti itu.

Mohamed Zaki berkata bagi Pemuda PAS Kelantan muzakarah itu adalah satu tindakan licik politik Umno di saat ia sedang "nazak" untuk mengheret PAS agar sama-sama merasai masalah dalaman Umno.

Beliau berharap pemimpin PAS sentiasa bersabar dan mengambil kira pandangan akar umbi sama ada perlu berunding dengan Umno atau tidak.

"Pemimpin juga kena sentiasa ingat sejarah mengenai kelicikan politik Umno ini yang suatu masa dahulu pernah melamar PAS agar bergabung dengan Umno untuk menyelesai masalah perbalahan kaum ketika peristiwa 13 Mei 1969.

"Setelah PAS menyertai Barisan Nasional dan kemudiannya Umno kembali kuat, lalu mereka tendang PAS keluar daripada BN. Cukup hebat dan licik," katanya.

Sumber: Malaysia Kini

Thursday, July 17, 2008

UMNO mengemis dengan PAS?

Saya tergelak kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang dibawah.Inilah kemenangan bagi PAS. UMNO sudah mengemis dengan PAS. Saya cukup gembira sekiranya UMNO musnah. Cuba baca petikan dibawah yang dibuat oleh KuLi.....(Petikan Malaysia Kini)

Ku Li harap PAS dan Umno bergabung

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berharap PAS dan Umno akan bergabung menjadi satu parti hasil daripada muzakarah yang dicadangkan.Beliau berkata muzakarah itu merupakan cadangan yang baik untuk mencari satu titik pertemuan bagi kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

"Saya lebih suka sekiranya muzakarah itu berlandaskan satu matlamat yang ikhlas," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas perkara tersebut. Tengku Razaleigh dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, berdasarkan iklim politik sekarang dan kedudukan ekonomi dunia serta dalam negeri yang lemah, sudah tiba masanya pemimpin daripada dua parti itu bersatu membincangkan soal masa depan rakyat.......


Umno sudah terdesak selepas PRU12.Cuba kita fikirkan kenapa masa keputusan pilihanraya yang lepas-lepas UMNO tidak pernah mahu bermuzakarah dengan PAS? Kenapa sekarang baru terhegeh-hegeh mahu berkerjasama dengan PAS? Kalau PAS mahu juga bermuzakarah dengan UMNO bermakna PAS mahu masuk lubang kali kedua. Saya memang tidak bersetuju dengan Presiden PAS hendak bermuzakarah dengan UMNO. Kenapa Haji Hadi hendak berbaik dengan UMNO? Anda sudah lupa apa yang UMNO buat semasa banyak demontrasi jalanan yang PAS buat dulu? Apa yang UMNO buat semasa PRU yang lepas?Adakah anda ambil kira pandangan akar umbi? Saya tidak cukup bersetuju dengan Presiden PAS ini. Kalau hendak buat juga, saya menyeru agar pimpinan PAS desak Haji Hadi supaya meletak jawatan dan bersara terus dari PAS. Saya tidak mahu PAS menjadi tunggangan UMNO. Lupakah anda yang UMNO buat poster yang PAS telah menunggang Babi di Selangor? Lupakah wahai Haji Hadi????

PAS perlu sedar taktik kotor UMNO.UMNO parti najis.Tidak perlu bergabung dengan parti yang sudah tahu akan ranap tidak lama lagi. Perpaduan Melayu adalah agenda UMNO.UMNO tidak pernah perjuangkan rakyat. Yang UMNO perjuangkan adalah duit!!!!Rakyat sudah jelik dengan UMNO.

Semasa mengundi di kelantan, ramai yang hendak 'claim' duit balik kampung dekat peti undi UMNO. Tetapi ada yang kena bersumpah dengan Quran bahawa telah memangkah UMNO. Saya tidak hairan akuan bersumpah yang dibuat oleh orang UMNO kerana amalan ini selalu dibuat oleh orang UMNO. Itu sebab kalau amalan bersumpah pemimpim-pemimpin UMNO saya tidak sedikit pun percaya.

Kalau dilihat di negeri Kelantan semasa banjir dulu, rakyat yang ditenggelami air diberi wang sebanyak RM500 setiap rumah.Tetapi tidak semua dapat.Yang dapat hanya orang UMNO. Maka, saya gelak dengan gelagat orang-orang UMNO yang menunjukkan duit yang mereka dapat dalam surat khabar kerajaan.Kalau tidak percaya dengan kenyataan ini sila tanya penduduk Kampung Laut, Tumpat.Tanya ketua cawangan kawasan itu. Siapa antara mereka yang diberi duit RM500 bagi satu kepala dalam rumah mereka.Kalau 7 orang di dalam rumah maka mereka mendapat RM3500. Siapa yang tolong berikan duit RM 500 itu kepada saudara-saudara mereka yang berada di luar kawasa tersebut yang mana tidak ditimpa banjir.Mereka hanya memberi IC untuk claim duit tersebut. Maka yang benar-benar layak mendapat bantuan duit hanya menunggu janji yang dibuat puak-puak UMNO kawasan tersebut sampai ke hari ini.

Bagi saya, UMNO memang sudah tidak relevan lagi. Yang menjadi pengikut UMNO sekarang ini cuma orang-orang yang mahukan duit dari UMNO. Sebab UMNO itu parti duit. Tanyalah orang Kelantan, musim pilihanraya paling menyeronokkan, musim samun duit UMNO. Bila pangkah, pangkah bulan. Sebab dalam minda rakyat Kelantan, duit UMNO itu adalah duit yang UMNO samun dari rakyat, jadi masa itulah rakyat kelantan ambil balik duit mereka. Masa PRU12 hari itu saya berterima kasih kepada menantu kesayangan PM kita kerana menjalankan program 'Pakat Kelik Ngundi' bagi anak-anak Kelantan diperantauan. Program ini mendapat sambutan yang memang menggalakkan. . Setiap orang akan diberi RM200-300 setiap orang. Saya menyokong penuh program UMNO seumpama ini. Ini yang rakyat Kelantan mahukan setiap musim pilihanraya. Sebab itulah rakyat Kelantan mahu UMNO terus jadi pembangkang di negeri Kelantan. Diharap Khairy dapat anjurkan lagi program seumpama ini di PRU13. Letak duit lebih sikit dalam sampul itu kerana minyak naik mendadak. Kalau boleh letak. RM500-1000. Hidup UMNO!!!!!Hidup Pak Lah!!!!! (Ulang 10x)

Wednesday, July 16, 2008

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga perkara yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

-Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
-Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu --Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
-Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan ..Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
-Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .
·Kini Kau Tinggal Seorang Diri
·Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
·Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
·Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
·Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
·Hari Ini,....
·Akan Kutunjukan Kepadamu
·Kasih Sayang-Ku
·Yang Akan Takjub Seisi Alam
·Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , "Wahai Jiwa Yang Tenang
·Kembalilah Kepada Tuhanmu
·Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
·Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
·Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Wallahualam

Maksud Ayat Al-Quran telah diubah!!!!




Monday, July 14, 2008

6 JAKUN pengecut di Sidang DUN Kelantan

Komen:
Inilah muka-muka JAKUN yang kononnya membela nasib rakyat di Kelantan.Mereka bukannya mahu membawa masalah rakyat dalam Sidang DUN Kelantan minggu lepas, tetapi disebabkan sombong dan bongkak serta perasaan iri hati yang menyebabkan mereka semua keluar dari dewan persidangan.Mereka diumpamakan pengecut dan pondan.Kalau dulu mereka berani mencabar pihak kerajaan negeri, tetapi sekarang sebaliknya disebabkan perasaan kecut perut.Kepada rakyat dan pengundi dikawasan 6 JAKUN ini, Tahniah diucapkan kerana memilih BN a.k.a Barisan Najis. Undi lagi JAKUN ini di PRU 13.

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sunday, July 13, 2008

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.



Perbandingan: Kerajaan PAS Kelantan vs BN negeri lain

Dengan segala macam penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat berjumlah berbillion ringgit yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), rakyat negara ini disaran untuk membuat perbandingan dengan kerajaan PAS di Kelantan yang telah memerintah selama hampir 17 tahun.

Penindasan terhadap rakyat marhaen dan miskin termasuk golongan setinggan, menghimpit atau menganaktirikan kaum lain dalam isu-isu tertentu,pemborosan dan pembaziran wang rakyat demi pemimpin dan projek tertentu seperti terkandung dalam Laporan Audit negara, salah guna harta benda kerajaan dan skandal salah laku moral hampir tidak kedengaran sama sekali di negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini kerana ditadbir di bawah kepimpinan ulama seperti Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Antara perbandingan dan asas untuk melihat kewibawaan PAS berbanding BN/Umno yang memerintah negeri lain ialah selaku Menteri Besar, Dato' Nik Aziz telah pun menghapuskan peruntukan Menteri Besar untuk Juadah Hari Raya sebanyak RM 30,000 dan Juadah Berbuka Puasa sebanyak RM 15,000.

Nik Aziz juga turut memotong elaun sewa rumah sebanyak RM 3,000 sebulan dan menghapuskan elaun keraian Timbalan Menteri Besarnya sejumlah RM 18,000 setahun
Selain itu, beliau turut memotong bonus / elaun Menteri Besar sebanyak 45 peratus yang dibahagikan 40 peratus kepada parti dan 5 peratus kepada Perbendaharaan Negeri manakala wakil rakyat PAS sebanyak RM 500.00 kepada PAS.

Dua pelaksanaan PAS Kelantan yang dilihat menjadi contoh kerajaan pusat ialah memanjangkan cuti bersalin dari 40 kepada 60 hari manakala hari bekerja hanya lima (5) hari seminggu.
Ramai yang tidak tahu, bagi menangani masalah supaya tidak berlaku pembaziran wang kerajaan negeri, sungguhpun kecil namun Nik Aziz turut mengarahkan supaya menggantikan air mineral yang dibeli dengan air masak untuk dihidangkan sewaktu mesyuarat di pejabat Kerajaan Negeri bagi langkah berjimat cermat.

Malah beliau turut menghapus amalan pemberian cenderamata kepada beliau serta Exco Kerajaan Negeri semasa lawatan rasmi atau tidak rasmi mahupun sewaktu perasmian majlis tertentu.

Tahun ini, juga Program Kebajikan Pelan Takaful Kifaalah (Warga Emas) yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Kelantan telah memberi faedah dan manfaat kepada semua rakyat negeri itu tanpa mengira bangsa, agama dengan pegangangan parti politik.

Menurut Buletin Urusetia Penerangan Negeri Kelantan bulan Jun, sejak dilancarkan pada 7 Februari 2007, jumlah pendaftaran telah pun mencecah 83,091 orang atau 60 peratus daripada 139,000 warga emas seluruh Kelantan dan setakat ini 370 wasi (pewaris) kepada warga emas yang telah meninggal dunia mendapat pampasan masing-masing sebanyak RM2,000.00.

Malah, sebelum itu mereka semua telah pun menerima sumbangan RM500.00 bagi tujuan pengurusan jenazah pada hari kematian dan menjadikan keseluruhan faedah yang diterima sebanyak RM2,500.00

Seribu satu senarai boleh dikepilkan tetapi adalah lebih baik rakyat mahupun penduduk di negeri lain, sekiranya punya kelapangan datang menziarahi negeri Kelantan yang diperintah PAS ini bagi menyaksikan sendiri perkembangan dari sudut rohani dan jasmani, termasuk pembangunan fiskal yang berjaya dibentuk dan dijana oleh PAS, menangkis tohmah dan fitnah media arus perdana dan pemimpin Umno selama ini.

Berikut adalah antara senarai lain Program Pembangunan dan Kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan oleh PAS di Kelantan:

1. Mendedahkan program Bina Insan kepada pegawai, kakitangan kerajaan.
2. Menganjur tamrin kepada guru-guru dan pelajar YIK.
3. Memberi kursus kesedaran Islam kepada wanita, belia dan kepimpinan masyarakat
4. Pemimpin bertadarus bersama rakyat dalam bulan Ramadhan.
5. Pegawai memberi tazkirah.
6. Melaksanakan projek Desa Takwa.
7. Menjemput orang bukan Islam kedalam majlis-majlis rasmi.
8. Menggalakan orang bukan Islam menghadiri program kebesaran Islam dan ceramah PAS
9. Kempen kesedaran menutup aurat di peringkat parti dan kerajaan. Kakitangan wanita diwajibkan pakaian menutup aurat. (Dipetik daripada susunan Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kerajaan Negeri Kelantan)

Seperti kata-kata iklan di kaca Tv...mengapa? Tak percaya ya? Maka lebih baik hadir, lihat dan dapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat kesimpulan yang salah tentang PAS muktakhir ini.

Husam: Kuasa matahari, kincir angin hadapi krisis minyak

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang merancang untuk menggunakan kuasa matahari bagi menghadapi krisis harga minyak yang semakin meningkat, kata Exco Perancangan Ekonomi, Datuk Husam Musa, demikian lapor Mstar Online.

''Untuk permulaan kita akan membuat percubaan di beberapa buah kampung di pendalaman dan akan mengembangkannya ketempat lain.''

Dia kata buat masa sekarang kos untuk memasang alat kuasa matahari tersebut agak tinggi namun jika dikira untuk jangka panjang ianya agak menjimatkan.

Selain kuasa matahari, kerajaan Kelantan juga sedang merancang menggunakan kincir angin sebagai alternatif kedua untuk mendapatkan tenaga elektrik.

Kerajaan juga sedang merancang untuk membina bandar yang akan menggunakan kuasa matahari dan kuasa kincir angin sepenuhnya dan bandar ini juga akan menjadi salah satu dari tarikan pelancong.

Satu surat akan dihantar kepada Perdana Mentri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan Petronas bagi mendapat kebenaran agar pihak Petronas dapat membekalkan gas bagi kegunaan projek NGV ini.

''Petronas adalah milik negera dan rakyat dan saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa Petronas tidak dapat membekal gas kepada Kelantan. Saya yakin projek ini akan dapat dilaksanakan dalam 2,3 bulan lagi,'' katanya

Kerajaan Kelantan akan menyediakan stor,pengangkutan, station gas dan lain-lain keperluan infrastruktor yang lain bagi tujuan projek NGV.

Sistem NGV adalah mudah dan tidak begitu komplikasi seperti sistem minyak dimana sebagia contohnya ia tidak memerlukan paip besar untuk kegunaan gas tersebut.

''Iran telah mewajibkan pada tahun 2010 semua kenderaa wajib menggunakan NGV dan saya berharap kita akan dapat mengikuti mereka kerana ianya lebih bersih dan lebih jimat,'' tambahnya

Percikan api punca kebakaran dua bot

TUMPAT - Seorang nelayan kerugian RM190,000 apabila dua bot miliknya musnah dalam kebakaran di Jeti Haji Yaakob, Kampung Geting di sini, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Nelayan tersebut, Azahari Yaakob, 41, berkata, kebakaran botnya berpunca daripada percikan api ketika awak-awaknya sedang membaiki enjin selepas mengisi minyak diesel dalam bot tersebut.

Katanya, ketika kejadian, dua pekerjanya berada dalam bot (jenis bot Zon B) itu dan apabila api merebak mereka keluar menyelamatkan diri serta menarik bot yang terbakar ke tengah laut.

“Kami berbuat demikian untuk mengelakkan ia merebak ke bot-bot lain kerana di pengkalan ini terdapat lima buah bot kesemuanya,” katanya.

Azahari berkata, api cepat merebak kerana dalam bot tersebut terdapat 1,200 liter diesel untuk digunakan apabila turun ke laut dan akibat kebakaran ini, ia turut merebak ke sebuah bot lagi yang bersaiz kecil, juga kepunyaannya.

“Dua pukat tunda saya juga terbakar bersama peralatan lain bernilai RM20,000, manakala dua buah bot tersebut dianggarkan bernilai RM170,000,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga dan Penyelamat Bomba Pengkalan Kubor, Saipu Bhari Mohd Noor berkata, seramai 14 anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran tersebut.

“Kejadian itu dimaklumkan penduduk kampung kira-kira jam 10.30 malam. Pada awalnya kami diberitahu ada kenderaan yang terbakar, tetapi apabila disoal lebih lanjut, kami mendapati bot yang terbakar,” katanya.

Katanya, dengan kekuatan anggota bomba 14 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor dan Tumpat, mengambil masa hampir setengah jam memadamkan kebakaran.

“Tiga bot yang lain dapat diselamatkan dan apabila anggota bomba sampai, mereka terpaksa menarik bot yang dihanyutkan ke tengah laut untuk memadamkannya, menggunakan semburan buih,” katanya.

Saipu Bhari berkata, ketika usaha memadamkan kebakaran, pihaknya bimbang bot tersebut meletup kerana ada tong gas di dalamnya.

Bagaimana pun, katanya, api dapat dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Menurut Saipu Bhari, ini kejadian kedua selepas empat bot nelayan di Tok Bali terbakar Jumaat lalu.

“Saya nasihatkan awak-awak ketika pembaikan enjin, sentiasa memastikan alat pemadam api berada atas bot untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu di Pasir Puteh, mayat keempat mangsa empat bot kebakaran Jumaat lalu ditemui semalam.

Konsert bercanggah niat sebenar 'Protes'

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak setuju penganjuran konsert sempena perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat untuk membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya, Selangor Ahad lalu.

Beliau berpendapat pendekatan menganjurkan konsert kumpulan underground itu diadakan sebagai usaha menarik golongan muda menyertainya adalah pendekatan yang salah dan lari dari agenda sebenar.

“Saya sokong protes itu diadakan tetapi tidak dapat menyertainya kerana ada persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Perkara itu saya tak pernah terfikir boleh berlaku. Macam mana majlis protes buat program-program macam tu. Itu tak betul. Cara kerja tak betul,” katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Apa yang dikesalkan menurut Menteri Besar Kelantan itu ialah berlakunya insiden tumbuk dan membelasah antara penonton dan penyanyi kumpulan terbabit yang menunjukkan selingan konsert itu tidak bertepatan dengan agenda protes itu sendiri.

Menurutnya, beliau bersetuju dengan langkah Unit Amal Pas meninggalkan lokasi perhimpunan itu diadakan kerana tidak setuju dengan acara nyanyian kumpulan terbabit yang menunjukkan punggung dan aksi liar ketika persembahan.

Ini kerana, katanya, mereka tidak seharusnya turut serta dalam acara konsert berkenaan kerana ia bertentangan dengan niat sebenar menyertai perhimpunan protes itu kerana Allah.

“Saya setuju pasukan unit amal tinggalkan tempat itu. Kita turun dari rumah sebab nak buat protes kerana lillahi taala tetapi tiba-tiba pergi sana orang lain pula tunjuk cara lain.

“Bukan cara protes tetapi cara nak seronok-seronok, saya kecewa dan tak pernah terfikir macam mana perkara itu boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz kepentingan solat lima waktu ibarat makan nasi kerana walau seteruk mana bekerja pasti seseorang itu akan menikmatinya kerana ia merupakan satu keperluan.

“Solat ni sepatutnya tak ada orang yang tinggal. Walau kita suntuk masa sekalipun solat tak boleh tinggal. Sembahyang ibarat makan nasi. Kalau kita kerja kuat sekalipun kita tak tinggal dari nak makan nasi, walau kena makan sambil berdiri.

“Sembahyang pun begitu juga, sebab itu dalam sembahyang walau Allah mewajibkan tapi masih ada ruang (kelonggaran) untuk manusia. Kalau tak boleh sembahyang berdiri, kita boleh duduk.

“Kalau tak boleh duduk kena tidur dan kalau tak boleh tidur juga maknanya matilah tu..,” katanya ketika diminta mengulas cadangan menjadikan kepatuhan solat lima waktu dan Jumaat sebagai kriteria utama sebelum diterima bekerja dalam kerajaan negeri.

Menurutnya, langkah itu akan dicuba dahulu dalam masyarakat di Kelantan sebelum dikemukakan usul kerana berdasarkan senario sekarang banyak pertentangan fahaman politik wujud tambahan pula banyak program di televisyen yang melalaikan manusia.

Kelantan tandatangani MoU daftar SAR dengan kementerian

Selepas enam tahun isu sekolah agama rakyat (SAR) digegerkan apabila bantuan perkapita ditarik balik kerajaan pusat, kini isu tersebut hampir berakhir.

Kerajaan Kelantan bersetuju untuk mendaftarkan 20 sekolah agama bantuan (SAR) dengan Kementerian Pelajaran bagi membolehkan bantuan perkapita diterima semula.

Ekoran itu satu perjanjian persefahaman (Mou) bagi mendaftar sekolah agama bantuan kerajaan negeri dengan Kementerian Pelajaran akan diadakan 20 Julai ini.

Majlis bersejarah itu bakal disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, majlis itu akan diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim.

Menurutnya MoU tersebut akan ditandatangani wakil daripada Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Kementerian Pelajaran.

Majlis berkenaan diadakan selepas dua syarat yang dikemukakan kerajaan negeri dipersetujui pihak kementerian iaitu pengurusan sekolah, guru dan murid diletak di bawah bidang kuasa Yik.

Begitu juga dari segi kurikulum dikekalkan tanpa ada sebarang pindaan, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Yik 2008 Kali Ke-30 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini. Perasmian disempurnakan Menteri Besar Kelantan.

Mohd Amar berkata, pada peringkat pertama sebanyak 20 sekolah Yik dipilih untuk didaftarkan.

Menurutnya kerajaan negeri akan melihat sejauh mana bentuk bantuan atau tumpuan yang diberikan kementerian kepada sekolah terbabit selepas pendaftaran dibuat.

Kita akan melihat sejauh mana bantuan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah yang didaftarkan sebelum pendaftaran sekolah-sekolah lain pula dibuat.

Kita mempunyai 66 sekolah agama bantuan kerajaan negeri yang bakal didaftar dengan kementerian secara berperingkat-peringkat sekiranya keadaan mengizinkan, ujarnya.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan penerimaan kementerian mendaftar sekolah-sekolah agama bantuan di negeri ini.

Jadi saya nak ucapkan terima kasih kerana pihak kementerian menerima syarat-syarat ditetapkan kerajaan negeri dan Yik, ujarnya.

Ketika berucap sebelum itu beliau berharap guru-guru Yik memahami hasrat sebenar kerajaan negeri mendaftar sekolah agama bantuan di bawah kementerian.

Kata beliau pendaftaran itu bukan bermakna menyerahkan sekolah terbabit kepada kementerian sebagaimana difahami sesetengah pihak sebelum ini.

Persidangan ketua-ketua negeri Pakatan di Kota Bharu

Persidangan ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan di sini tidak lama lagi sebagai satu platform mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, kesemua lima pemimpin iaitu dari Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan akan mengadakan pertemuan pertama di Kota Bharu.

Kelantan tetap akan menjadi tuan rumah pertemuan itu, bagaimanapun ia tidak dapat diadakan dalam waktu terdekat ini kerana ada beberapa perkara termasuk perundingan penggunaan NGV, katanya di sini.

Menurut dalam pertemuan tersebut beberapa cadangan akan dibangkitkan termasuk menggunakan NGV di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu Kelantan akan menjadi tuan rumah pertemuan lima pemimpin Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Kelantan boleh dijadikan rujukan kepada ketua negeri lain di bawah Pakatan kerana mempunyai pengalaman luas.

Kelantan mahu NGV dipasang di stesen minyak di seluruh jajahan

Kelantan meminta kerajaan pusat menyediakan stesen minyak yang menyediakan kemudahan gas asli untuk kenderaan (NGV) di negeri ini seperti terdapat di negeri-negeri pantai barat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, penggunaan gas asli jauh lebih murah berbanding petrol atau diesel.

Oleh itu bagi menjayakan hasrat itu kerajaan negeri akan mengutuskan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Petronas bagi memohon menyediakan kemudahan NGV di Kelantan.

Buat masa sekarang kita belum membincangkannya dengan kerajaan pusat berhubung perkara itu, katanya di sini.

Baru-baru ini Husam mengadakan mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil syarikat pembekal dan stesen minyak di sini mengenai cadangan tersebut.

Menurutnya perkara itu dijangka selesai dalam tempoh dua atau tiga bulan selepas mendapat persetujuan kerajaan pusat.

Menurutnya pihak terbabit hanya perlu membekalkan bahan api itu sahaja, manakala kemudahan lain termasuk pam, pembekalan tiub NGV, setor dan pengangkutan akan diurus kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, kerajaan negeri bercadang menerokai penggunaan kuasa solar dan bebaling angin dalam usaha menjimatkan penggunaan elektrik untuk rakyat.

Menurut beliau sekiranya berjaya ia akan dimulakan di kawasan pedalaman.

Selain itu cadangan penggunaan tenaga solar akan diterokai kerajaan negeri untuk diaplikasikan sepenuhnya di kampung-kampung sebelum ia digunakan secara meluas di tempat-tempat lain.

Penggunaan bebaling angin juga boleh dicuba kerana kini kita perlu mencari peluang menggunakan teknologi yang mampu menjimatkan kos, ujarnya.

Menurutnya pemasangan peralatan menggunakan tenaga solar diakui mahal, bagaimanapun dengan pembangunan teknologi yang semakin canggih kosnya kini sudah berkurangan.

Oleh itu, katanya kerajaan perlu merancang penggunaan tenaga yang lebih canggih seiring dengan perkembangan teknolgi moden bagi manfaat rakyat.

Rakyat Kelantan tolak dakwaan liwat pusingan kedua

Liwat pusingan kedua, tidak masuk akal. Inilah kesimpulan mudah dibuat rakyat Kelantan terhadap tuduhan terbaru yang dilemparkan seorang pemuda terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah mereka menganggap bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 menjadi mangsa konpirator yang diatur khas pihak tertentu yang mempunyai kuasa bagi memusnahkan karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Pegawai Latihan dan Operasi Tabung Amanah Tok Kenali, Zuhairun Najah Mohamad berkata, tuduhan liwat ke atas Ketua Umum Parti KeADILan tidak lebih sebagai satu propaganda bagi melemahkan kerjasama Pakatan Rakyat.

Tuduhan liwat merupakan satu konspirasi politik bagi menyekat pengaruh dan kemaraan Anwar dengan harapan boleh melemah dan menggugat keyakinan rakyat terhadap beliau selaku pimpinan penting Pakatan Rakyat.

Apabila isu liwat menjadi kes polis maka akan berlaku proses siasatan yang berpanjangan dan sudah pasti akan menghalang Anwar mengambil bahagian dalam mana-mana pilihan raya, katanya ketika ditemui di sini.

Saiful, seorang pemuda yang dikatakan gagal menerus pengajian di Uniten itu baru-baru ini membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar dan kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.

Zuhairun berkata, isu liwat tidak akan berjaya melemahkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat kerana rakyat tahu ketika ini Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba mencipta isu bagi menutup kelemahan mereka.

Beliau turut mempersoalkan mengapa isu yang lebih penting seperti rasuah, penyelewengan dana rakyat dan keluhan rakyat terhadap kenaikan harga minyak tidak mendapat liputan meluas media harian.

Seorang penulis, Drs Nik Azman Nik Mustafa menyifatkan isu liwat hanyalah cerita rekaan dan konspirasi politik bagi menjatuhkan kredibiliti Anwar yang disebut-sebut bakal Perdana Menteri.

Ia juga merupakan satu percubaan pihak kerajaan menyekat atau memperlahankan pengaruh politik Anwar yang nampaknya semakin mendapat tempat di kalangan rakyat.

Selain itu ia juga percubaan menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan Ketua Umum KeADILan memimpin Pakatan Rakyat, ujarnya.

Menurutnya juga dalam situasi sekarang BN dan Umno sedang terancam dengan isu yang dicipta sendiri.

Selain itu kata beliau usaha kerajaan mengalih tumpuan rakyat terhadap kegagalan mengawal kanaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.

Mereka ingin menyembunyikan ketidakupayaan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara dengan menimbulkan isu-isu sensasi seperti liwat, katanya.

Pegawai Urusetia Pembangunan Wanita Belia dan Sukan Kelantan, Mohd Rosli Abdul Samad berkata, kes terbaru liwat merupakan satu lagi percubaan menyekat pengaruh Pakatan Rakyat.

Kata beliau isu tersebut merupakan permainan politik terdesak pemimpin tertentu dalam Umno kerana bimbang hilang kuasa mentadbir negara.

Sebenarnya mereka ingin suasana sebagaimana krisis 1998 berulang bagi menghalang Anuar bertanding dalam pilihan raya dan sekaligus mematikan terus karier politiknya, ujar beliau.

Penolong Pengarah (Penerbitan) Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Haji Rosidi Semail berkata, isu liwat bertujuan menyekat kemaraan Anwar yang semakin hampir ke Putrajaya sekarang.

Menurutnya kalau tuduhan pertama pada 1998 rakyat tidak percaya apatah lagi tuduhan serupa diulang pula oleh individu tidak jelas latar belakangnya.

Silap percaturan akan mencetuskan kemarahan yang lebih besar di kalangan rakyat, lebih-lebih lagi krisis kenaikan harga minyak cukup membebankan mereka sekarang,katanya.

Qazaf

1. DEFINASI QAZAF:

Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada seseorang, dengan tuduhan secara langsung kepada orang yang berkaitan atau dengan cara menafikan anak.

Contoh tuduhan secara langsung kepada orang yang berkaitan, seperti kata seseorang kepada seseorang yang lain: “Wahai penzina.” Contoh tuduhan dengan cara menafikan anak ialah, seperti kata seseorang kepada seorang lelaki: “Anak yang isterimu kandung ini bukanlah anakmu.”

2. HUKUM QAZAF:

Apabila seseorang melakukan qazaf atau tuduhan zina tanpa mempunyai bukti yang sah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat sebanyak 80 kali dan jika hamba sebanyak 40 kali. Hukuman ini jelas telah disebutkan oleh Allah Taala di dalam al-Quran:
“Dan orang-orang yang menuduh muhsanat (perempuan-perempuan yang saleh) berzina, tanpa empat orang saksi, maka jilidlah mereka lapan puluh kali. (Kemudian) tidak diterima kesaksian mereka selama-lamanya, mereka itulah orang-orang fasik. Kecuali mereka yang bertaubat sesudah itu dan mereka memperbaiki diri dan amal mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

3. LAFAZ QAZAF :

Terdapat tiga bentuk lafaz qazaf, iaitu:
i. Lafaz sarih, iaitu lafaz yang secara jelas membawa maksud zina, seperti: “Wahai, penzina.” atau “Aku telah melihat engkau berzina.”
ii. Lafaz kinayah, seperti: “Wahai fasik! Engkau tidak pernah menolak setiap tangan yang menyentuhmu.”

Jika ucapan seperti di atas itu didakwa bukan bermaksud menuduh zina, maka dakwaan tersebut boleh diterima dengan sumpah.

iii. Lafaz ta’ridh, iaitu berbentuk sidirian seperti: “Aku ini bukan penzina, dan orangtuaku juga bukan penzina.”

4. SYARAT-SYARAT QAZAF:

Menuduh seseorang berzina tanpa ada bukti perlu dihukum apabila memenuhi lapan syarat berikut ini:

1. Penuduh telah baligh
2. Penuduh berakal
3. Penuduh bukan ibubapa orang yang tertuduh
4. Tertuduh seorang muslim
5. Tertuduh telah baligh
6. Tertuduh berakal
7. Tertuduh merdeka
8. Tertuduh afifah, iaitu orang yang terpelihara kehormatannya serta menjauhi diri dari kemungkaran.

5. GUGUR HUKUM QAZAF

Hukum qazaf akan gugur dari penuduh zina apabila terdapat salah satu dari perkara-perkara di bawah ini, iaitu:

1. Penuduh dapat membuktikan kebenaran tuduhannya dengan empat orang saksi. Jika kurang, maka penuduh akan dikenakan hukum qazaf.

2. Tertuduh memaafkan penuduh, kerana hukuman qazaf adalah hak tertuduh.

3. Penuduh melakukan li’an sebagai ganti dari empat orang saksi dengan rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.

Tuan Guru Sifatkan Rakyat Kelantan Cerdik

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan rakyat Kelantan sebagai cerdik kerana sentiasa peka antara haq dan batil dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terutamanya jika ada isu-isu yang 'pelik'. Dalam Ceramahnya di PUTIK Jumaat lepas mengenai "Konspirasi Fitnah, Angkara Siapa", Tuan Guru ada menyebut bahawa '...sesiapa yang menggali lubang untuk orang jatuh, dialah yang akan jatuh..."

Dalam majlis yang sama YB Dato' Husam Musa bersependapat dengan YB Saifudin Nasution bahawa melalui sessi penerangan yang telah diberi, terserah kepada rakyat Kelantan untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang benar dan mana yang karut.

YB Saifudin menyifatkan tuduhan yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai "..satu tuduhan/ fitnah yang cukup jahat, jijik dan meloyakan... Plot cerita tidak berubah, pelakon utama juga masih kekal, yang berubah hanyalah pengarah dan pelakon tambahannya..."

Dato' Husam kemudiannya menambah bahawa pimpinan UMNO/BN sudah tidak mempunyai masa untuk berfikir tentang kesengsaraan rakyat kerana masing-masing sibuk berfikir siapa yang akan ditumbangkan esok... atau ada pemimpin yang dikejar bayangan hantu Altantuya dan korupsi yang bermaharajalela di agensi-agensi kerajaan di samping penggunaan undang-undang rimba dalam menangani sesuatu isu..

Dalam program yang sama, Dato' Sri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tuduhan itu hanyalah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar. Salah satu isunya adalah keuntungan berbillion ringgit dari penjualan petroleum yang sedang naik harga, ke mana lesapnya? Dan mengapakah rakyat yang dihukum di atas undi protes mereka terhadap corak pemerintahan yang ada sekarang...? Beliau juga menambah, beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN tetapi prinsipnya yang menentang kezaliman yang menyebabkan beliau tidak sependapat dengan mereka.

Sesungguhnya dewan PUTIK pada malam itu 'full house'. Malah pengerusi sendiri memaklumkan kesesakan lalu lintas yang teruk di cabang 3 Pengkalan Chepa, malah di perkarangan PUTIK sendiri, kalau ada yang orang jatuh, tidak akan jejak tanah... Begitulah penangan rakyat Kelantan...

Dari laporan di atas bolehlah kita simpulkan, bahawa kebijaksanaan dan sifat 'inquisitive mind' rakyat Kelantan ini bukanlah kerana keturunan atau gen IQ mereka sudah begitu, sebaliknya saya yakin ia timbul kerana sikap ambil tahu mereka... dan juga hasil dari didikan dan tarbiyah tok-tok guru dan tok-tok lebai yang tidak jemu-jemu mengajar di madrasah-madrasah kampung sehingga lahirlah generasi celik Al-Qur'an yang sentiasa mencari jawapan bagi persoalan kenapa atau bagaimana dan sedikitpun tidak merasa takut di atas apa jua kebarangkalian yang akan dihadapi kerana mereka percaya bahawa kebenaran akan sentiasa mengalahkan kebatilan...

Thursday, July 3, 2008

Isteri pula dijemput Ilahi

PASIR PUTEH - “Saya minta orang ramai mendoakan agar Balqis selamat.”

Hanya itulah kata-kata yang mampu diluahkan ibu mangsa kemalangan ngeri membabitkan dua kereta di Kilometer 24 Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, Mariam Jusoh, 56, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Gaal, di sini semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan kemalangan tersebut yang membabitkan dua kereta berhampiran Kampung Jerus petang kelmarin, meragut tiga nyawa sekeluarga.

Pemandu kereta Kancil, Mohd Rudi Latif, 33, dan dua anaknya, Nik Mohd Imran, 3, Nik Mohd Anas Haikal, 8, meninggal dunia di tempat kejadian.

Nahas tersebut turut menyebabkan anak berusia empat bulan dalam kandungan isteri Mohd Rudi, Raja Rusini Raja Hussin, 26, meninggal dunia sementara Raja Rusini dilaporkan kritikal.

Raja Rusini bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira jam 1.10 pagi semalam.

Satu-satunya anak pasangan terbabit yang terselamat dalam kejadian itu ialah Nik Nurul Analia Balqis, 5, yang berada di HUSM dan keluarga mangsa meminta orang ramai mendoakan dia selamat.

Menurut Mariah, arwah Raja Rusini sebelum ini ada meninggalkan pesan kepada adiknya, Raja Fairuz, 23, agar menjaga anak-anaknya dengan baik sekiranya berlaku apa-apa terhadapnya.

Bapa Raja Rusini, Raja Hussin Raja Kechik, 84, menganggap pemergian empat sekeluarga (dan bayi dalam kandungan) itu sebagai ujian daripada Allah yang menuntut kesabaran seluruh anggota keluarga.

“Cuma saya terkilan selepas diberitahu kereta Perdana V6 dari arah Kota Bharu dipandu terlalu laju sehingga menyebabkan saya kehilangan anak cucu tersayang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan beliau tidak menolak kemungkinan kereta Perdana V6 yang merempuh kereta Kancil keluarga malang terbabit dipandu laju.

“Saya menasihati orang ramai agar tidak memandu laju walaupun di jalan lurus kerana kebanyakan kemalangan maut berlaku di tempat sedemikian,” katanya.

Pemandu Perdana V6, Che Othman Che Hussin, 41, dari Pak Badol, Bachok juga menerima rawatan di HUSM.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi keluarga mangsa ketika keempat-empat jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Gaal kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Sumber: Sinar Harian

Pelabur China bawa pelaburan RM100 juta ke Kelantan

Biar pun Kelantan dan negeri-negeri Pakatan Rakyat cuba diketepikan dalam pelbagai bidang, namun ketelusan pentadbiran yang diamalkan menyebabkan pelabur tetap berminat datang ke sini.

Baru-baru ini pelabur dari China berminat melaksanakan projek menanam pokok neem, mengitar semula tayar buruk dan pemprosesan jerami padi untuk dijadikan makanan ternakan yang membabitkan kos sebanyak RM100 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Haji Che Abdullah Mat Nawi berkata, pelabur tetap berminat untuk melabur di negeri ini biarpun ada pihak mendakwa Kelantan ketinggalan.

Saya sungguh berbesar hati di atas keyakinan diberikan terutama rombongan pelabur dari negara China yang berminat untuk melabur sehingga melibatkan kos sebanyak RM100 juta di negeri ini.

Kerajaan negeri InsyaAllah akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membolehkan pelaburan dapat dilaksana di negeri ini,katanya ketika meraikan rombongan pelabur dari China di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Rombongan pelabur tersebut seramai enam orang melakukan lawatan sehari ke Kelantan dan berminat melabur di negeri ini dalam industri berkaitan pertanian.

Rombongan itu diketuai Timbalan Pengarah Sains, Teknologi dan Pembangunan Modal China, Xiong Yong Sheng.

Che Abdullah berkata, kerajaan Kelantan mengamalkan sikap mesra pelabur bagi menarik lebih ramai pelabur menanam modal di negeri ini.

Beliau juga berharap lawatan tersebut dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara China dan Kelantan.

Sementara itu, Xiong Yong Sheng mengalu-alukan lawatan pemimpin kerajaan Kelantan ke China sebagai kunjungan balas di atas kunjungan mereka ke sini.

Hadir sama pada program itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw dan pegawai khas anggota Exco, Dr Rosli Allani Abdul Kadir yang boleh bercakap bahasa Mandarin. - mj

Wednesday, July 2, 2008

Ayuh Bersama GERAMM

Saya ingin mengajak anda untuk bersama 1 juta rakyat Malaysia menyokong Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) dalam mendesak kerajaan Barisan Nasional menurunkan semula harga minyak ke kadar yang boleh diterima akal.

Ayuh turut serta dengan menandatangani "Online Petition" di http://www.petitiononline.com/geramm/petition.html atau lawati http://www.geramm.org untuk maklumat lanjut!

GERAMM di sertai oleh gerakan anak muda di antara lainnya ialah Anwar Ibrahim Club (AIC), Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda PAS Pusat, Pemuda Sosialis DAP, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan IKRAR.

Peniaga Pasar Bersepadu Wakaf Che Yeh diberi subsidi 50 peratus

Rungutan peniaga mengenai kadar bayaran menduduki Pasar Bersepadu Wakaf Che Yeh agak mahal akhirnya terelai apabila kerajaan negeri memberi subsidi sehingga 50 peratus.

Ini jelas menggambarkan keprihatinan kerajaan Kelantan terhadap rungutan peniaga yang mana sebelum ini mereka menganggap kadar bayaran yang dikenakan pihak pemaju mahal.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri memberi potongan antara 30 hingga 50 peratus kepada peniaga terbabit.

Ekoran itu subsidi diberi kepada 855 peniaga yang akan menduduki tapak baru perniagaan yang jauh lebih selesa mulai esok. Bagi tujuan itu kerajaan negeri menanggung kos sebanyak RM1.2juta untuk dibayar kepada pemaju, katanya di sini.

Beliau diminta mengulas berhubung bantahan peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh yang dikenakan bayaran sebanyak RM2,000 sehingga RM2,500 sebagai bayaran menyediakan pelbagai kemudahan termasuk payung besar.

Takiyuddin yang juga Adun Bunut Payong berkata, bagi peniaga yang dikenakan bayaran RM2,500 subsidi sebanyak 30 peratus diberi, di mana mereka mengusahakan perniagaan gerai makanan, runcit dan pakaian.

Katanya, bayaran yang dikenakan hanya sekali sahaja iaitu bagi menampung perbelanjaan menyediakan peralatan oleh pihak pemaju.

Di sini saya nak jelaskan, tiada bayaran kali kedua kepada peniaga yang berniaga di situ, cukup hanya sekali bayaran sahaja kerana kerajaan negeri memberi subsidi. Jadi peniaga tidak perlu risau, ujarnya.

Beliau juga berkata, peraturan lebih kemas dikenakan bagi memastikan tempat perniagaan baru itu kelihatan cantik, bersih dan menarik memandangkan ia menjadi tumpuan pelancong.

Sebelum ini peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh berniaga di tapak sementara yang kurang selesa tidak jauh dari Pasar Bersepadu yang baru siap dibina.

Baru-baru ini peniaga terlibat mengadakan demontrasi aman sebagai membantah kadar bayaran yang dikenakan pemaju agak mahal. Ekoran itu kerajaan negeri terpaksa campur tangan.

Kelebihan Bulan REJAB

Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3.. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.

Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara